BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 8 September 2011

SURAT UNTUKMU SAYANG :)


Assalamualaikum...

Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..

Bidadariku,

Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu.. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.

Sayangku,

Sesungguhnya aku amat tertarik akan keindahan akhlak peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku berdebar saat bertemu denganmu walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan mata. Aku masih dapat melihat terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak memandang pada kejelitaan.. walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad ingin menyuntingmu buat menjadi isteriku dunia dan akhirat.




Wahai bidadariku,

Aku tidak sabar untuk menjadi suamimu.. merawat luka dan menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku juga ingin merasa belaian mesra dari mu. Kerna itu aku sentiasa berdoa agar dikau menjadi pendampingku.

Kekasihku,

Aku ingin sentiasa membisikkan kalimah-kalimah suci di telingamu.. agar dikau dapat merasakan besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin mengejutkanmu saat malam yang dingin untuk sujud menyembah Ilahi.. Aku ingin membimbingmu dan aku juga mahu agar dikau sentiasa bersedia untuk menegur segala kekhilafanku.


Buat bakal isteriku,

Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui.. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku, aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul ini agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..

Sekian sahaja warkahku ini..

Hanya satu pesananku. Jika kau mencintaiku, cintailah aku kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana Allah.. 


Ikhlas daripada bakal suamimu.. 

MOHAMAD ARIEF BIN MOHD SAIT :)

OUTING & ADEQ KU YG SEMANGAT :)

DH SEBULAN RASE NYE AKU X UPDATE BALEK BLOG AQ....HURM , MAKLUM LAH , BULAN PUASE AND DAH RAYE...MASING2 BUSY...HUKHUK....NARI AKU NAK KENALKAN KORANG NGN ADEQ ANGKAT AQ...NAK KENAL X ???...KALAU X NAK KENALAN NGN DYE , BOLEH ANGKAT KAKI ANDA AND BERAMBUS...HUAHUAHUA...KEJAM GILEE AQ...


ADEQ AQ , AYIE ACAP...










SESIAPA YG NAK KENALAN NGN ADEQ SAYE , BOLEE LAWATI LAMAN FACEBOOK NYE...IAITU http://www.facebook.com/AyieThankYouAllah ....


KEGEMBIRAAN :)


Apakah erti kegembiraan buat diri kita?
Apakah perkara yang paling menggembirakan dan yang paling membahagiakan kita?
Di bawah ini, saya cuba mendefinisikan dua erti kegembiraan bagi dua spesies makhluk yang istimewa.
Spesies yang pertama adalah golongan manusia yang ketagih membaca blog. Spesies yang kedua pula adalah golongan blogger yang dikatakan dapat menggoncangkan dunia dengan hasil penulisannya.
Apakah erti kegembiraan bagi mereka?
1. Erti Kegembiraan Bagi Seorang Pembaca Blog
Rahsia kegembiraan seseorang pembaca blog terletak pada tahap keghairahan sesebuah entri yang dibacanya. Hanya entri yang mengghairahkan dan yang dapat memuaskan nafsu membacanya sahaja akan memberikan kebahagiaan kepada para pembaca blog yang setia.
Adakah tuan setuju, wahai pembaca blog yang budiman?
Dan saya sebagai seorang penulis blog, berasa bertanggungjawab untuk menggembirakan hati para pembaca setia Hairul Dot Net sekalian. Hanya entri yang terbaik sahaja akan saya tuliskan untuk memuaskan nafsu membaca tuan-tuan. Semoga setiap patah perkataan yang tuan baca di Hairul Dot Net akan memberikan tuan nikmat dan kepuasan yang tidak terhingga.
2. Erti Kegembiraan Bagi Seorang Blogger
Bagi seorang blogger seperti saya, saya akan berasa gembira dan begitu puas sekali apabila ada orang yang sudi datang dan singgah di Hairul Dot Net.
Seorang pembaca setia seperti tuan sahaja, telah membawa seribu erti kegembiraan buat diri saya.
Jika entri yang saya tulis dapat memberikan manfaat dan kegembiraan kepada para pembaca pula, maka akan bertambah-tambahlah kebahagiaan saya.
Jika bertambah bilangan pengunjung dan bilangan komen, maka makin berganda-gandalah kegembiraan seseorang blogger.
Dan yang paling menggembirakan adalah, apabila ada orang yang meluahkan kata-kata ini:
SAYA SAYANG AWAK <3 <3
3. Sajak Kegembiraan
Saya tuliskan sajak di bawah, istimewa untuk kita semua. Semoga kita dapat mengecapi erti kegembiraan yang sebenar, sepanjang kehidupan kita di dunia ini. Semoga kita akan bergembira dan berbahagia di dunia dan juga di akhirat.
Terimalah:
Erti Gembira
“Ketika lahir dahulu,
kita menangis dan orang lain bergembira.
Ketika hidup pula,
kita bergembira tetapi ada insan yang sedang menangis.
Dan kita sebenarnya,
dikurniakan dengan kelebihan untuk menciptakan kegembiraan.
Maka pada hari ini,
buatkanlah orang lain berasa gembira,
dan kita juga akan berasa lebih gembira.
Dan apabila kita mati nanti,
orang lain akan menangis,
sedangkan kita tetap akan gembira.”
“Kita berhak untuk gembira.”